Syria Menyambut Eidulfitri Dengan Darah

AlJazeera, 19 Ogos 2012: 
Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dalam pertempuran sengit diantara rejim Bashar dan askar-askar FSA (Free Syria Army) di Syria pada hari pertama bulan Syawal.  


TV Syria menyiarkan Presiden Bashar al Assad menghadiri sholat Eidul fitri di Damsyik [Reuters]

Dua kanak-kanak adalah antara 19 orang yang terbunuh dalam serangan bom yang dilancarkan oleh askar-askar rejim Bashar dan pertempuran dengan askar-askar pemberontak berterusan sehingga kehari pertama Eidulfitri. Seorang aktivitis berkata: Kanak-kanak itu terbunuh pada hari Ahad disebabkan pengeboman yang berterusan keatas bandar Maaret al Numan di daerah Idlib, Askar-askar rejim bashar juga menyerang bandar Rastan, yang terletak di tengah-tengah daerah Homs, dan bandar Deir yang terletak ditimur Ezzor.

Diseluruh dunia, kanak-kanak bergembira dengan hadiah dan pakaian baru di Eidulfitri, namun di Syria perkara itu tidak berlaku malah pembunuhan berterusan menyebabkan lebih 23,000 orang terbunuh sejak mac tahun lalu. 

 Pertempuran sengit diantara rejim Bashar dan pemberontak untuk menguasai lapangan terbang Aleppo.
" Inilah dia caranya kami menyambut Eidulfitri", teriakan sebahagian dari penduduk bandar Kafr Zeita yang terletak ditengah daerah Hama, seperti yang dipaparkan dalam video amatur yang dihantarkan ke YouTube oleh seorang aktivis.
Dalam protes yang diadakan itu, kanak-kanak dan dewasa mengibarkan bendera kemerdekaan Syria serta melaungkan sloga anti Bashar al Assad.
Di Saif al Dawla dan daerah Izaa diutara Aleppo, pertempuran bertambah sengit, yang merupakan medan utama pertempuran sejak para pemberontak menguasai kawasan itu sejak bulan Julai yang lalu. 
Begitu juga di Aleppo, pertempuran diberitakan berterusan diantara askar-askar pemberontak dan askar-askar rejim Bashar yang berebut untuk menguasai lapangan terbang, yang merupakan sasaran strategik bagi kedua-dua pihak.
Sekurang-kurangnya 137 orang tebunuh di Syria pada hari Sabtu, termasuk 63 orang awam, 31 askar pemberontak dan 43 askar kerajaan, kata Pemantau Hak Asasi Syria yang berpengkalan di UK.

Kemunculan Assad.
Ditengah-tengah berita keganasan, TV Syria memaparkan Assad menghadiri sholat Eidulfitri di sebuah masjid di Damsyik pada hari Ahad. Ini adalah kemunculan pertama Assad selepas pengeboman di ibukota Syria bulan lalu yang membunuh Menteri Pertahan Syria dan tiga pegawai tertingginya. 
Kali terakhir Assad muncul adalah pada 4hb Julai ketika beliau menyampaikan mesejnya di parlimen.
Kemunculan Assad tiba diwaktu spekulasi berpaling tadah Timbalan Presiden Farouk al Sharaa ke pihak pemberontak.
Kelmarin, pejabat Presiden menolak dakwaan itu dan menyatakan bahwa al Sharaa, "tidak sedikitpun berniat hendak meninggalkan negara itu" al Sharaa; dalam pada itu al Sharaa tidak muncul dalam siaran itu bersama Assad.