Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim & Asnaf

Bandar Country Homes Ogos 2012:
Majlis Berbuka Puasa yang dianjurkan oleh Kelab Angkatan Muda Rawang dengan kerjasama AMK Selayang dan Yayasan Q Maaruf adalah salah satu dari aktiviti yang dirancang oleh ahli-ahli kelab buat Ramadhon 1433H. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dengan kesemua penerima mendapat sumbangan berupa wang dan barangan dapur. Sumbangan telah di sampaikan oleh AP Selayang  Yb William, Mantan Nazir Masjid Cahaya Iman Tn Hj Syed Sofi, AJK Masjid Cahaya Iman Sdr Hattan, Ustaz Ghazali, Pengerusi Yayasan Q Maaruf Wan Mohd Zaffuan dan AJK Surau An Nur. 
Ahli-ahli Kelab Angkatan Muda Rawang semuanya mengucapkan ribuan terimakasih diatas kehadiran tetamu-tetamu jemputan terutamanya AP Selayang Yb William yang sudi datang ke majlis yang serba sederhana itu. Tidak dilupakan ucapan terimakasih buat Pengerusi Yayasan Q Maaruf, Sdr Wan Mohd Zaffuan, diatas sumbangan dan sokongan yang diberikan, semoga Allah swt membalas segala kebaikan tuan dengan sebaik-baik balasan. Begitu juga kami ucapkan terimakasih kepada Mantan Nazir, Tn Hj Syed Sofi Syed Omar diatas kata-kata nasihat beliau yang telah membangkitkan semangat kami untuk lebih bekerja keras berkhidmat demi agama dan negara. 
Antara tetamu kehormat yang menghadiri Majlis Sumbangan Anak Yatim: Yb William, Tn Hj Syed Sofi, Sdr Hattan, Wan Zaffuan, Azmizam Zaman Huri.
Umumnya, sebagai Setiausaha Kelab Angkatan Muda Rawang, saya mengucapkan jutaan terimakasih dan jazakumullahu khairan kepada semua hadirin dan hadirat yang datang untuk memeriahkan majlis tersebut. Terimakasih juga kepada semua ahli-ahli kelab yang bertungkus lumus untuk menguruskan majlis itu sehingga semua acara berjalan lancar biarpun terdapat perubahan masa, terutamanya, MC Sdr Asri, walaupun masih baru dalam dunia pengurusan majlis tetapi mampu mengatur dengan cekap dan berwibawa, syabas; juga Sdr Akram, SU Surau An Nur yang cekap dan tangkas dalam menangani hambatan-hambatan kecil sewaktu mempersiapkan majlis.   


  

Akhir kata, semoga Allah memberkati segala usaha-usaha kebajikan kita serta memberikan taufiq dan hidayahNya dalam setiap amalan yang kita laksanakan. Amin ya robbal'alamin.