Mahathir melatah lagi! Serah mandat kepada Pakatan bahaya

Rawang 23 Ogos 2012:
Hari ini Mahathir melatah lagi seperti hari-hari sebelumnya; kelmarin beliau dengan penuh yakin memilih syaitan yang dikenali dari malaikat yang tidak dikenali! suatu statement yang keliru!. Terlalu jauh perbezaannya, seperti langit dan bumi; aqal yang sihat langsung tidak menerima kaedah ini; syaitan dikenali kerana kejahatan dan kesombongannya sedangkan para malaikat dikenali dengan ketaatan dan kebaikannya. Kalau sudah kenal, apa lagi yang perlu dirisaukan, tinggalkan sahaja syaitan dan kejahatannya. Kalau dipilih juga bererti kita masih tidak serik diperbodohkan-bodohkan! Itu latahan Mahathir semalam, hari ini lain pula. Mahathir, seperti biasa, mengancam dan menakut-nakutkan rakyat yang berhasrat menyerahkan mandat kerajaan kepada pakatan rakyat. katanya bahaya!
Apa yang Mahathir tidak tahu atau buat-buat tidak tahu adalah rakyat sudahpun mengenali Pakatan Rakyat sebagai penawar kepada permasalahan yang mereka alami selama berada dibawah kerajaan BN. Rakyat sudah mengenali bahwa kerajaan Negeri dibawah pentadbiran PR berjaya mengeluarkan negeri-negeri dibawah tanggungjawab mereka dari isu salah tadbir, ketirisan, rasuah, nepotisma kronik dan penyelewengan pelbagai rupa dan bentuk, malah seterusnya Pakatan berjaya menstabil dan meningkatkan taraf ekonomi negeri masing-masing sehingga membawa kepada lebihan simpanan seperti negeri Selangor dan Penang. Kalau tidak kerana "the three stooges" (tiga badut" di Perak nescaya PR pastinya dapat meraih banyak perubahan dan kebaikan oleh rakyat disana. 
Apa yang rakyat inginkan sekarang adalah agar Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya sekaligus mentadbir Malaysia dengan cekap dan amanah. Minda Mahathir sudah tidak laku dan tidak boleh diperakui kebenarannya kerana sudah cukup 55 tahun negara Malaysia diperintah oleh UMNO/BN dan kesannya adalah masalah-masalah yang terlihat sekarang. 
Bila bercakap pasal kebajikan, sebenarnya sudah menjadi tanggungjawab setiap kerajaan yang dilantik untuk menjaga kebajikan rakyatnya; ide negara kebajikan timbul di Malasyia kerana kerajaan UMNO/BN gagal menjaga kebajikan rakyat terutama yang berpendapatan rendah dan sederhana. 
Perlu ditekankan disini bahwa PR mengambil alih negeri-negeri dari tangan UMNO/BN dalam keadaan sakit dan kritikal; bukan senang mengurus dan membaikpulih dalam keadaan yang begitu tapi berkat dari kebijaksanaan dan kecekalan pemimpin-pemimpin PR dari PAS, PKR dan DAP, negeri-negeri yang mereka tadbir berjaya diselamatkan. Banyak kebajikan yang mereka tawarkan kepada rakyat dan itu tidak menjejas urusan pentadbiran mereka. Bahkan yang menghalang proses pemulihan adalah kerajaan Pusat sehingga tiada pilihan lain kecuali mengambil alih kerajaan Pusat di Putrajaya, barulah dapat dilengkapkan usaha-usaha yang mereka laksanakan.
Mandat yang bakal diserahkan kepada Pakatan Rakyat tidak akan menjejaskan rakyat bahkan akan membawa kepada perubahan yang realistik dan mampu tercapai. Rekod cemerlang PR di negeri pentadbiran mereka menjadi bukti nyata yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapapun. Maka adalah terlebih baik untuk Mahathir duduk diam-diam dengan menikmati pencennya atau apa saja yang dikaut semasa pentadbirannya daripada terus melalut dan melatah seperti orang tua yang sudah nyanyuk. 
     

No comments:

Post a Comment