"Qailulah" Nasihat Rasulullah Di Amalkan Di Jepun

Para majikan di Jepun membenarkan pekerja-pekerja mereka untuk tidur sebentar pada waktu tengahari untuk tujuan merehatkan diri mereka. Mereka melakukan ini pada waktu rehat bukan selepas waktu rehat. Didalam Islam, tidur sebentar baik sebelum atau sesudah Zuhr digelar "Qailulah" ( bukan mengular ye!!! ) dan ia benar-benar dapat memberikan kita peluang bagi merehatkan tubuh dan aqal kita. 

Tetapi malang sekali, ada segelintir masyarakat  ataupun majikan melihat perbuatan tidur ditempat kerja sebagai perbuatan malas dan tidak beretika!....apapun, itu adalah pandangan mereka namun perkara ini harus diberikan pengamatan serius memandangkan jangkamasa kerja yang dilalui oleh pekerja-pekerja setiap hari.


Disamping itu, tidur siang ini atau qailulah bukanlah seperti tidur diwaktu malam, kerana jangkamasanya hanyalah diantara 5min sehingga 15min sahaja dan kesannya adalah baik. Yang jelas, sebagai umat Islam, kita memandang semua nasihat dan saranan dari pesuruh Allah sebagai baik dan berfaedah; tidak masuk di akal jika Nabi saw mengajarkan sesuatu yang boleh merugikan atau memudaratkan umatnya.