PR1MA VS SKIM RUMAH MAMPU MILIK

Kerajaan Pusat ada menawarkan skim PR1MA kepada rakyat namun tawaran itu teramatlah menghampakan kerana sedikitpun tidak peka kepada rakyat yang berpendapatan kurang dari RM3,000. Skim PR1MA lebih mengutamakan golongan pertengahan dan atasan tapi meminggirkan golongan berpendapatan rendah. Jelasnya, skim ini hanyalah satu gimik politik kerajaan BN untuk memperbodohkan rakyat seolah-olah mereka prihatin dan peka terhadap pentingnya dipenuhi keperluan asasi ini.  
Berbeza pula dengan kerajaan Pakatan Rakyat terutamanya di Selangor yang menawarkan skim yang lebih logikal dan praktikal demi menangani masalah ini. Kerajaan Selangor menawarkan Skim Rumah Mampu Milik bagi mana-mana individu yang merancang untuk memiliki rumah sendiri pada kos yang sangat berpatutan lagi mudah. Untuk keterangan lanjut sila hubungi pegawai di Lembaga Perumahan & Hartanah Selangor di talian 0355447078. InsyaAllah urusannya mudah.