Aktiviti Kemasyarakatan


 

Gotong-Royong Membersih & Membaikpulih Surau An Nur di Bandar Country Homes, Rawang Selangor.

Bandar Country Homes, Ogos 2012:
Pada Sabtu yang lalu, disaat ummat Islam sedang menjalani ibadah puasa dibulan Ramadhon 1433H, sekumpulan anak-anak muda dari Kelab Angkatan Muda Rawang bergotong-royong membersih dan membaikpulih Surau AnNur yang terletak diJalan Desa 1/10. Dalam masa beberapa jam sahaja, hasil dari kerjasama setiap ahli kelab, aktiviti pembersihan dan penambahbaikan surau tersebut dapat diselesaikan dengan izinNya. Terasa letih tapi berbaloi kerana dapat menabur bakti buat rumah Allah ini. Buat ahli Kelab Angkatan Muda Rawang, hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala jasa dan kebaikan tuan-tuan. 


Akil Hayy adalah salah seorang ahli kelab Anglatan Muda Rawang!........amacam boleh?

Dua orang brother kita ni sebenarnya waktu kecik tak pernah main air...jadi inilah masanya...hahahaha
 
Soleh......kau sapu lantai atau buat kajian ujikajian?

Sebenarnya ada banyak lagi gambar yang menunjukkan kerja-kerja yang dilakukan oleh setiap ahli kelab namun cukuplah allah swt menjadi saksi bagi amalan-amalan yang kami lakukan, yang penting, kita semua sedang belajar mengikhlaskan hati untuk beramal kerana Allah, mudah-mudahan Allah mengikhlaskan hati-hati kita untukNya. Amin