Kekalahan Umno adalah lebih baik buat Malaysia

Bandar Country Homes, Rawang 23 Ogos 2012:
Ini adalah statement yang berani dari seorang pemimpin UMNO; Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih dikenali oleh kawan dan lawan sebagi KuLi. Kenyataan beliau memaparkan kurang senang beliau dengan apa yang dilakukan oleh UMNO dulu, kini dan selamanya. Jelasnya, apa yang dirancang dahulu oleh pimpinan UMNO untuk masadepan rakyat Malaysia sebenarnya hanya untuk menguntungkan kocek-kocek mereka dan bukan untuk tujuan mencapai Wawasan 2020 seperti yang selalu digembar-gemburkan oleh Mahathir dan nanak-anak didiknya. Jelasnya, yang untung di Malaysia ini adalah golongan elit atau elit jadi-jadian ( sebelumnya tidak tapi selepas menjadi kroni maka jadilah elit).Semua yang dirancang oleh UMNO dan BN ...Be End....untuk rakyat Malaysia pada hakikatnya hanya malah lebih menguntungkan mereka. Rakyat, semakin hari terhimpit dengan masalah-masalah kehidupan yang gagal diselesaikan oleh kerajaan yang mereka lantik sendiri; kerana kerajaan yang mereka lantik asyik menyibukkan diri-diri mereka dengan projek-projek yang menambahkan harta didalam bank-bank akaun mereka samada yang nyata atau yang disembunyikan diluar negara. 
Tetapi, alhamdulillah, dengan usaha keras lagi berterusan dari pejuang-pejuang kebenaran akhirnya segala kerancuan, salah urus dan penyelewengan UMNO dan parti-parti komponennya dapat didedahkan. Rakyat semakin hari berupaya untuk mengenali baik atau buruk sesuatu perkara. Jika dulu, mereka dibodoh-bodohkan oleh media UMNO tapi sekarang media alternatif telah berjaya menyedarkan mereka. Mereka setuju dan bertambah yakin dengan kenyataan Ku Li, iaitu "Kekalahan UMNO adalah lebih baik bagi Malaysia". 
     

No comments:

Post a Comment