Haram sokong DAP?.. Apa kata Dr. Asri..


Bagi menjayakan misi menakut-nakutkan pengundi-pengundi yang tiada capaian internet agar mereka kekal menyokong UMNO/BN dalam PRU13 ini, semalam media tunggangan UMNO telah menyiarkan ‘Haram Sokong DAP’ sebagai headline nya.
Ini berdasarkan fatwa Pengasas pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah yang mendakwa DAP "secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud."
Kemudiannya muncul pula Ulama Muda yang bergantung hidup dengan mencari makan dalam UMNO iaitu Fathul Bari menyokong fatwa itu.
“Allah telah mengurniakan akal serta fikiran, jadi kita perlu memanfaatkan kurniaan itu dan tidak mensia-siakannya,” katanya.
Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) juga turut menyampuk dengan mengeluarkan satu kenyataan yang agak keras.
Katanya “Sesiapa yang menentang Islam serta pelaksanaan hukum Islam maka secara syarak, umat Islam dilarang menyokong golongan ini yang digolongkan sebagai kafir harbi - sepenuhnya sila baca di ( SINI )

Hari ini Utusan menyiarkan kenyataan dari Mufti Pahang pula yang mengatakan berdosa sokong parti tolak Islam.
Katanya “adalah haram dan berdosa bagi umat Islam menyokong parti yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam dan hukum hudud.” - sepenuhnya sila baca di ( SINI )
Makcik-makcik dan Pakcik-pakcik di Felda tentu yakin semua ulama sepakat mengatakan bahawa mengundi DAP itu haram dan berdosa..
Sebenarnya ianya ditujukan kepada Najib.. sebabnya Najib yang secara terang-terang telah menolak perlaksanaan hukum hudud di Negara ini.. lagipun majoriti yang mengundi DAP itu bukannya orang Islam..
Jadi apa kejadahnya Ulama-ulama di atas tu sibuk nak keluarkan fatwa sokong DAP itu haram..
Lihat video ini (siaran ulangan) dan fahamilah siapa yang tidak wajar disokong sebenarnya..


Dan apa pandangan Dr. Asri tentang fatwa demi UMNO oleh mereka-mereka di atas tu..
Katanya "Jika mengundi wakil rakyat bukan Islam semuanya haram, maka memberikan mereka jawatan Menteri atau Timbalan Menteri lebih haram lagi, Fikir sebelum mengeluarkan fatwa"
Siapa yang memberikan mereka itu jawatan?? Tentulah Najib...