Serangan Udara Keatas Askar Pembebasan Syria DiTingkatkan

Al Jazeera 19 Ogos 2012:
Jet-jet pejuang rejim Bashar al Assad meningkatkan serangan bom keatas kawasan-kawasan utara Damsyiq yang dikuasai oleh askar-askar pemberontak, bandar-bandar yang berdekatan turut  mengalami nasib yang sama.
Pada Sabtu lalu, jet-jet pejuang mengebom bandar Azaz yang terletak berdekatan dengan Aleppo dan bandar-bandar yang berjiran dengannya seperti al-Fardos, al-Sukkari, Bustan al-Zahra dan Kallasa. Manakala di Damsyiq pula, pertempuran tercetus dibahagian selatan daerah Tadamon yang didiami oleh ramai penduduk rakyat Syria sekaligus menunjukkan bahwa askar-askar pemberontak masih menguasai kawasan itu biarpun kerajaan rejim Bashar menafikannya.