DSAI, Pemimpin Berjiwa Rakyat, Sanggup Hadapi Gangguan Demi Memerdekakan Rakyat



Begitulah gayanya pemimpin rakyat yang berani, DSAI tampak tenang  biarpun diancam dan dihina dengan kata-kata kesat oleh orang-orang yang akalnya entah kemana. 
Bagi Dato' Seri Anwar Ibrahim, demi memperjuangkan nasib rakyat yang melarat, beliau sanggup mengharungi kepayahan dan penghinaan. Kelmarin, rombongan DSAI sekali lagi berdepan dengan segelintir penyokong-penyokong UMNO/BN di Jasin,Melaka. Buat kali keduanya, bas Merdeka Rakyat di rosakkan dengan lontaran cat bertujuan untuk merosakkan program DSAI disana. Tapi malang bagi pencacai-pencacai UMNO/BN, perbuatan mereka tidak sedikitpun melunturkan semangat juang DSAI dan Pakatan Rakyat. Jelasnya, rakyat menjadi saksi kepada perilaku samseng yang dibawa oleh parti yang berkuasa. Jelas lagi tampak ketakutan mereka dan hilangnya pertimbangan mereka dalam berdepan dengan saat-saat getir kejatuhan parti mereka. Tindak tanduk liar seperti ini hanya akan merugikan parti mereka sendiri kerana parti mereka bergantung kepada sokongan rakyat; dan rakyat telahpun menyaksikan kejahatan penyokong-penyokong UMNO. Pendek kata, memang sudah pasti rakyat tidak lagi mahu menyokong parti yang akan memudaratkan mereka.

 

  

No comments:

Post a Comment